Wednesday, May 1, 2013

Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa

Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah, kemudian Masjid an-Nabawi di Madinatul Munawwarah, dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin. Berdasarkan kepada sebuah hadis yang berarti;
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga masjid tersebut di antaranya yang berarti:
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali shalat di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1000 kali shalat dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu shalat di masjidku lebih afdhal daripada 1000 shalat di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu shalat di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 shalat di masjid-masjid yang lain.

0 komentar:

Post a Comment